Thursday, August 6, 2009

20 Pelajar Sekolah Sesak Nafas Akibat Jerebu...

Pada 5 Ogos yang lalu, lebih kurang 20 orang pelajar sebuah sekolah menengah di Miri yang juga merupakan sekolah harapan negara terpaksa bibekalkan dengan bantuan oksigen selepas sesak nafas akibat jerebu yang melanda Bandaraya ini beberapa hari yang lalu dan berterusan hingga ke hari ini... Menurut sumber kejadian berlaku kira-kira jam 8:30 pagi di mana beberapa orang pelajar mengadu sesak nafas akibat cuaca pada pagi tersebut yang agak berjerebu dan panas...

Pihak sekolah selepas mendapat tahu kejadian itu lalu menghubungi pihak hospital untuk meminta bantuan kecemasan... tidak lama kemudian 2 buah ambulan dari Hospital Umum Miri tiba di sekolah tesebut dan memberi bantuan bekalan oksigen kepada pelajar yang terbabit...

Selepas di beri bantuan oksigen, pengetua sekolah tersebut telah mengarahkan agar pelajar tersebut balik ke rumah untuk berehat...

No comments:

Post a Comment