Tuesday, April 28, 2009

Miri, Apa Dah Jadi?

Paparan dan coretan aku kali ini adalah berkenaan dengan ancaman JEREBU di Miri... Bila kita bercerita tentang Miri, siapa tak kenal kan... Bandar pengeluar minyak No.1 negara dan sekarang telahpun menjadi Bandaraya Perlancongan... Pembangunannya sungguh pesat membangun dan hari demi hari ada saja bangunan baru yang timbul dan ada saja perubahan yang berlaku...
Tapi sedarkah kita apa yang sedang berlaku kebelakangan ini? keratan akhbar ini menceritakan berkenaan dengan pembakaran terbuka yang sedang berleluasa di kawasan Tudan-Permyjaya... Akibat aktiviti ini pelbagai lapisan masyarakat terutamanya di kawasan Pujut mengadu kerana mereka susah untuk mendapatkan pengudaraan yang selesa akibat daripada aktiviti yang tidak bertanggungjawab ini... Akibat sikap manusia yang lebih kepada mengejar keuntungan semata-mata, mereka yang tidak tahu apa-apa menjadi mangsa... Sehingga pada satu masa aku merasakan sukar untuk bernafas dan dari pagi sehingga malam dapat di hidu bau asap mahupun di dalam atau di luar rumah... Sekiranya anda berkesempatan pergilah lihat di kawasan "Flyover Miri-Pujut" pada sekitar jam 20:00-23:00PM, anda pasti akan dapat saksikan kepulan asap di merata-rata tempat... Aku cuma mampu berkata untuk memuaskan hati dan perasaan... Hanya mereka yang melakukannya sahaja yang tahu kesannya terhadap bumi kita yang semakin tua ini...

Monday, April 27, 2009

Shooting Beramai-Ramai...

Pada 26hb April aku join member-member photographer sekali lagi untuk shoot 3 org model... Dan lokasi pengambaran adalah di kawasan Open University Malaysia, Miri... Untuk lihat hasilnya bolehlah layari www.flickr.com/inspirasifoto dalam masa terdekat...



Monday, April 20, 2009

Shooting Beramai-Ramai...

Cerita aku yang berikut adalah berkenaan dengan aktiviti yang aku join iaitu photoshoot... Saksikan video di http://www.youtube.com/watch?v=8OVunrsaLLI untuk cerita di sebalik pengambaran...