Tuesday, February 10, 2009

About Me

Alfi Hazimi Merupakan seorang anak jati Negeri Bumi Kenyalang iaitu Sarawak. Beliau mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah kebangsaan di Miri. Pada tahun 2001 beliau melanjutkan pelajarannya di sebuah sekolah menengah di tempat yang sama. Minat beliau dalam dunia fotografi bermula sejak sekolah rendah lagi apabila beliau di hadiahkan sebuah kamera filem oleh bapanya. walaupun beliau tidak menunjukkan minatnya bermain kamera di peringkat sekolah menengah akan tetapi beliau mula bersungguh-sungguh mempelajarinya ketika melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma walaupun jurusan yang diambilnya jauh melencong dari bidang fotografi.

Akan tetapi, ia tidak menjadi penghalang kepadanya untuk terus meminati bidang tersebut. Selepas 2 tahun mengambil Diploma, beliau telahpun mengambil keputusan untuk membuat praktikal pada semester akhirnya di sebuah syarikat Pengurusan Acara(event management) di Miri. Memandangkan minatnya amat mendalam dalam bidang fotografi, pihak syarikat tersebut telahpun membeli sebuah kamera digital (DSLR) yang pertama untuk syarikat tersebut.

Dan di sanalah bermulanya beliau menjadi seorang jurugambar. Aktiviti pertama beliau setelah menjadi seorang jurugambar adalah menjadi jurugambar rasmi Majlis Makan Malam Syarikat Perhutanan Sarawak. Dan seminggu kemudian beliau sekali lagi menjadi jurugambar rasmi sempena Majlis perkahwinan pasangan mat salleh yang datang dari Australia/Switzerland dan mengadakan majlis tersebut di Miri, Sarawak.

Sekarang, Beliau telah pun menjadi seorang jurugambar bebas dan juga salah seorang daripada ahli kumpulan Unisys Syndicate iaitu sebuah kumpulan fotografi.



No comments:

Post a Comment